pulang dari the gap n natural bridge, kami rancang untuk buat BBQ dinner..so kami terus ke market..hasil tangkapan di market ialah...;) ikan yu, udang n itik halal..udang dah biasa makan..tapi ikan yu belum penah makan..itik pon tak penah jgk..heheh..dah smpi umah kami siap2 mandi n solat semua..anak2 sempat lah tido..bapa2 pulak terus keluar untuk tangkap sotong..ibu2 duk di rumah masak untuk dinner..bila dah magrib bapa2 pulang..berapa ekor sotong dapat?...tak ade..heheh..frust jer..huhu..tak apa..tak ade rezeki..mungkin rezeki di tempat lain..kami pon dinner kat wakaf depan villa kami..dgn angin malan sepoi2 bahasa..sgt seronok..;)

market

aqiel n papa..dah tu ade kejadian yg tak diingini berlaku di sini..hehhe

lauk for bbq dinner..speggati, nasi with rendang ayam, udang bakar, ikan yu bakar, burger, aiskrim and last but not least roasted duck..yum..yum..
sambil2 makan aqiel pulak jatuh kerusi..haishh..pastu aqiel terus masuk tido..papa n mama with yg lain2 teruskan makan n borak2..bila dah selesai makan semua..kemas2 n basuh pinggan semua..then kemas2 beg baju untuk check out esok pagi..planning nak sampai kat denmark dlm kul 8pg esok..so kene keluar umah dalam kul 6 lebih gitu..bila dah siap kemas semua..tidooo...
pic source: ron&fatin..tqvm..;)
Artikel di bwh ni copy n paste..hanya ingin meluahkan perasaan yg terbuku..tak ade kene mengena dgn trip to Albany.. ;)
Rezeki dari Allah..
Bila manusia mengejar harta dunia, tak redha dgn pemberian Allah, sentiasa merasa tak cukup, dengki berdengki, kawan pon boleh jadi lawan, yg baik pon boleh jadi buruk, semua sifat sebenar kita boleh nampak. Ya Allah, perbetulkanlah keadaan yg tak menentu sekrang ini..amin..dan Ya Allah, jauhkan lah aku dari sifat2 seperti ini.. Wallahu a'lam
Artikel di bwh ni copy n paste..hanya ingin meluahkan perasaan yg terbuku..tak ade kene mengena dgn trip to Albany.. ;)
Rezeki dari Allah..
IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!! IMAN MANUSIA?? Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia. "Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas" -Surah Al-Baqarah ayat 212 - "Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab" -Surah Ali Imran ayat 37- |
Bila manusia mengejar harta dunia, tak redha dgn pemberian Allah, sentiasa merasa tak cukup, dengki berdengki, kawan pon boleh jadi lawan, yg baik pon boleh jadi buruk, semua sifat sebenar kita boleh nampak. Ya Allah, perbetulkanlah keadaan yg tak menentu sekrang ini..amin..dan Ya Allah, jauhkan lah aku dari sifat2 seperti ini.. Wallahu a'lam
2 comments:
sedap ke roated duck tu?? xpernah rasa laa..ehehe...
uiisshh dahsyat aqiel makan bbq, smpi jatuh..hahaha kesian aqiel...
pegi DENMARK?? waaa best nyer...ehehe
itik ni liat sikit keda..walaupon dah roasted 2 jam..aqiel tu tak duk diam..duk bergerak aje..
heheh..denmark kat sebelah albany aje..heheh..
Post a Comment