Wednesday, December 28, 2011

Malaysia oh Malaysia ku..


Alhamdulillah..
berakhir sudah perjalanan hidup di bumi Perth selama 3 tahun 9 bulan..
masih teringat kali pertama menjejakkan kaki di Perth pada 1 Mac 2008..
dan kini dengan izin Allah dapat kembali semula ke Malaysia pada 1 December 2011..
Semoga Allah memberkati dan meredhai segala urusan sy dan keluarga sepanjang berada di bumi Perth..
kini kembali tinggal berjauhan dengan suami semula..
sama seperti mula2 kawin dulu..
bezanya dulu tinggal berseorangan di johor dan suami di KB..
kini tinggal bertiga di johor bersama 2 anak2 dan suami di KL..
sentiasa bermohon kepada Allah semoga Allah memberi rezeki kami sekeluarga tinggal bersama..
Allah telah memakbulkan permintaan itu sekali iaitu ketika di Perth..
walaupun hanya 3 tahun lebih..rasa amat bersyukur dan terasa betapa nikmatnya hidup berkeluarga di bawah satu bumbung..
kini..azam baru ingin menambah kesungguhan memohon dari yg Esa semoga kami sekeluarga diberi peluang untuk tinggal sebumbung hingga akhir hayat sebagaimana yg dinikmati oleh keluarga2 yg lain..

Semalam Aqiel n Atieq pergi ke sekolah..hanya selang 5 buah rumah dari rumah aunty yg kami menumpang sekarang..sungguh seronok mereka apabila dapat ke sekolah setelah melalui invironment yg baru di Malaysia..tapi Aqiel masih merindui kawan2 lamanya..Aqiel cakap dia nak jumpa kawan lama dia Jadden.."Jadden is my friend. I want to see Jadden. I miss Jadden." sungguh terharu..dia teringat kawan2 dia di sana..tak tau lah Jadden di Perth masih ingatkan Aqiel ke tidak..bila petang, mama akan pick up aqiel n atieq dalam pukul 6..semalam aqiel request nak makan pancake..pancake yg di maksudkan aqiel ni ialah roti canai..;) so pegi lah kedai mamak n beli n dia request lagi untuk makan di playground tidak di kedai.."mama, we eat at the playgroung ok? not here"..so beli bungkus roti canai kosong n milo ais untuk dibawa ke playground..ala2 picnic lah..;) sgt lah enjoy aqiel n atieq bermain walaupun hanya di playground yg kecil..semoga Allah sentiasa memberkati setiap hari yg kami lalui dan di kira sebagai ibadah..amin..





Wednesday, October 19, 2011

Family Photos..


Ogos 2011 @ Kota Bahru


May 2011 @ Penguin Parade


May 2011 @ Great Ocean Road


May 2011 @ Ballarat


December 2010 @ NSW


December 2010 @ UniSyd


December 2010 @ Opera House



Oktober 2010 @ Castledare



September 2010 @ Rivervale Mosque



August 2010 @ Pinnacles




April 2010 @ Garvey Park



February 2010 @ Wind Farm

Phillip Island - part 3


Setrusnya, kami ke Cape woolamai..tapi berhenti sekajap aje untuk amik gambar..sbb byk lagi tempat di phillip island ni yg kami aim untuk pergi..;)



Cape woolamai [map]



beach ..




cantik permandangannya..



otw ke next destination lalu grand prix ni..

kalau ade event mesti ramai org..

next kami singgah ke piramid rock sebelum ke destinasi yg utama the nobbies and peguin world :)

Tuesday, October 18, 2011

Philip Island - part 2

Dari San Remo, papa drive ke chocolate factory dulu memandangkan hujan renyai2..so kita mulakan aktiviti indoor dulu lah..;)



alhamdulillah perjalanan sgt mudah bila rujuk aje kepada map yg ade..map yg simple tapi sgt mudah n informatif..;)

senang aje jumpa..dari tepi jalan dah nampak board ni..;)


tu dia kilangnya dari luar..gambar ni di amabil masa masih di dalam kereta..;)


di depan pintu pun dah menarik dah..mcm2 ade dlm kilang ni..kita boleh buat tour untuk lihat semua aktiviti n macam mana coklat dibuat..;)



aqiel masuk kilang coklat, tapi bawa masuk chips..hehhe..aqiel kata..papa, look ..penguin!..


ye mmg ade penguin dlm kilang coklat ni..;) see..

tapi yg menariknya penguin ni diperbuat dari 100% coklat..amazing kan..



so lepas round2 produk yg ade, kami singgah lah dulu minum kat cafe..dah tak ingat order apa..tapi tak silap mmg hot chocolate and chocolate shake..


aqiel mmg request nak ice-cream..sejuk2 pun makan ice cream..;)




pastu perasan tak kat gambar ni ade word ALLAH dan MUHAMMAD.. so kami rase mmg owner dia muslim kot..bila papa tanya menu kat cafe ni halal ke tak..org tu ckp halal..;) pastu untuk dapatkan kepastian lagi..papa tanya..do you knonw what is halal? org jaga cafe tu kata..yes, I am..Muslim only can eat halal food..so kira kita yakin lah halal..chocolate tu pun tak ade lah rum or linquer ke or etc yg tak halal..




atieq yg mmg sangat suka makan ice cream..mmg masa pregnant kan atieq mama sgt suka makan ice cream sbb that time summer di perth..heheh




done..;)




ok dah sudah round kilang, dah sudah beli fridge magnet, dah sudah beli coklat, dah sudah minum kat cafe, kami pun nak bergerak ke destinasi seterusnya..hujan pun dah berhenti sepenuhnya..matahari dah menyinar..so bergambar lah dulu dengan owner kedai ni..heheh..namanya Penny..;) Hi penny..thanks..see ya!..;)

Monday, October 17, 2011

rindu..rinduu..rinduuu..rinduuuu..rinduuuuu..

Oh sesungguhnya hanya Allah je tahu perasaan rindu mama kat papa, aqiel n atieq kat msia..rase mau terbang je balik msia sekarang jugak..tapi apa kan daya..huhu..tak apa..insyaAllah lagi 2 minggu mama akan pulang ke msia..ade conference..tapi 2 minggu ni rase mcm 2 tahun..huhu..tak pe..sabar2..insyaAllah, kalau tak ade halangan boleh bwk aqiel n atieq pegi conference tu..at least mama sentisa bersama aqiel n atieq..sedih bila tinggalkan budak berdua tu..kalau rindu mmg selalu je tgk gambar n video budak2 ni..akan rase mcm ade depan mata..cuma sedih sbb tak dapat peluk je..hari tu pegi umah kawan, mama peluk je anak dia..bayangkan mama tgh peluk atieq..huhu..lepas sikit rindu..

di sebabkan mama tak sabar nak balik n jumpa budak2 tu, mama nak letak n recall balik percutian mama masa pergi melbourne bulan 5 lepas..rindu saat2 berjalan2 n bercuti bersama2 keluarga..kenangan manis yang sangat indah..;) Thanks papa sbb bawak jgk kami pergi melben..sbb asalnya mmg mama tak nak pegi sbb memikirkan kos..tapi alhamdulillah, bercuti bersama keluarga lebih mahal harganya dari kos yang telah dikeluarkan..;)

hari ni mama nak mengimbau kembali perjalanan kami sekeluarga berjalan ke philip island..very nice place..and kalau org datang melben, mmg philip island ni antara tempat wajib yg kene pergi..;)


atieq n aqiel dah ready nak memulakan perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1 jam 45 minit..aqiel mcm biasa akan tgk movie..atieq kurang sikit layan cerita2 ni..




atieq dah ready nak take a nap..;) termenung jauh n dah tak dengar dah mama panggil nama dia..;)


destinasi pertama sebelum kami masuk philip island ialah san remo



sbb ikutkan ade pilican feeding pukul 12..kami pulak mmg kebetulan lagi 15 minit kul 12 smpi di san remo..so kami pun dah alang2 singgah lah..:)


kebtulan jgk ade bas rombongan kanak2 sekolah singgah..mmg menarik lah..



dan sen remo ni pun menarik sbb ade jetty bot..cantik permandangan nya..;)

aqiel n atieq pulak lansung tak hirau kan pelican tu..atieq n atieq sangat teruja dengan burung2 putih tu..hehhe..so budak2 ni mengejar burung2 putih ni..lagipun aqiel n atieq dah puas duk dlm kereta..hehe..bila ade tempat lapang..mereka berlari dgn happy nyer..;)


atieq kata..mama..bird..;)



aqiel yg masih berlari-larian mengejar bird..;)


hujan dah turun rintik2..so kene pakaikan jeket..walaupun rintik2..masih tak mematahkan semanagt atieq untuk jear bird tu..heheh..;) hey birdy..wait for me..;)


dah sudah di san remo kami meneruskan perjalanan ke philip island..boleh drive ke philip island sbb ade jambatan untuk island tu..so tak perlu naik ferry..

Friday, September 9, 2011

Selamat Hari raya Aidilfitri..


Rindunyer sama ini 3 hero hensem..;)



Family photo on the first raya..;)


Geramnya sama ini boyzzz..;) Mama rindu kamuuu..uwaaaaaa :(

Selamat hari Raya Aidilfitri buat family dan sahabat2 semua..Ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja tak kira tua atau pun yang muda, dekat ataupun jauh..sekiranya ada salah dan silap diharap dapat maafkan semuanya..Halalkan segala apa yg termakan atau terminum atau terambil..Yang pernah terasa hati tu jgn lah di simpan di dalam hati..Semoga lebaran kali ini dan akan2 datang sentiasa dilimpahi rahmat dan keredhaan Allah swt..InsyaAllah..amin..

Wednesday, August 3, 2011

Task List

banyak jugak benda yang perlu disetelkan sebelum menghantar pulang keluarga ye selain keje2 study..

1. terminate insurans rumah - done!

2. terminate insurans kete

3. terminate insurans road assistance

4. terminate line internet

5. terminate foxtel tv

6. booking carpet cleaning

7. notice keluar umah - done!

8. give notice to child care - done!

9. give notice to centrelink

10. tempah tiket untuk family - done!

11. tempah tiket untuk diri sendiri - done!

12. cuci umah sampai berkilat (carpot, backyard, kitchen, bathrom, toilet etc)

13. clearkan barang2 dlm rumah (baju, peti sejuk, barang dapur, tv, tilam, toys, junks etc)

14. hantar barang yg perlu ke rumah future housemate

15. modify direct debit payment untuk rumah - done!

16. terminate bil elektrik

17. buy some souvinier from e-shed

Friday, July 8, 2011

Mentaati kedua ibu bapa

Assalamualaikum..

cerita kereta dah di tutup..nampaknya stream mendapat vote yg tertinggi ..heheh..kereta lain tak mendapat sebarang vote..hehhe..emmm..nampaknya kene pertimbangkan pendapat ramai ni..heheh..;)

ok this week item : 20" tv and tv cabinet for free..dah clearkan semua barang2 sebelum amik gambar..hehe..so bila attach baru lah menarik sikit org nak cabinet ni..mmg ramai pun nak..heheh..



ok next item is 3 bunner hooded BBQ set for sale..still new in the box..huhhu..yg ni sedih sikit nak let go..sbb sgt bangat2..tak pernah guna lagi..dulu2 pikir sayang nak guna n nak bwk balik msia..tapi rupa2 tak ade rezeki nak bwk balik..huhuhu..nak guna pun tak sempat..tak apa lah tak ade rezeki..



ni amik gambar hood dia ja..berkilat lagi tak guna..

ok yg ni rupa bbq set ni kalau siap di pasang..ade 3 bunner..

ok kali sy dah tak mau tunjuk gambar kereta dah,.hehhe..kita nantikan kemunculan kereta apa lah yg akan digunakan makcik di fakulti sains nanti ye..heheh..ok baru2 ni sy sempat lah mengikuti perbincangan dengan rakan di sini..tajuk ketika itu ialah tanggungjawab kita terhadap ibu bapa..Allah dah berfirman dalam Al-Quran supaya mentaati kedua ibu bapa di dlm beberapa surah..salah satu surah nya ialah Surah Luqman..

A014

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (
Luqman 31:14)




Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Luqman 31:15)


Dalam dua ayat di atas sesungguhnya Allah telah berfirman dan memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita..kita hanya perlu tidak taat sekiranya mereka menyuruh kita supaya mempersekutukan Alah..selain dari pada itu kita wajib taat dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita..


dan dlm satu hadis ade menyebutkan :

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - Riwayat al-Hakim


Huraian:

  • Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
  • Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
  • Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
  • Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
  • Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.