Alhamdulillah..
berakhir sudah perjalanan hidup di bumi Perth selama 3 tahun 9 bulan..
masih teringat kali pertama menjejakkan kaki di Perth pada 1 Mac 2008..
dan kini dengan izin Allah dapat kembali semula ke Malaysia pada 1 December 2011..
Semoga Allah memberkati dan meredhai segala urusan sy dan keluarga sepanjang berada di bumi Perth..
kini kembali tinggal berjauhan dengan suami semula..
sama seperti mula2 kawin dulu..
bezanya dulu tinggal berseorangan di johor dan suami di KB..
kini tinggal bertiga di johor bersama 2 anak2 dan suami di KL..
sentiasa bermohon kepada Allah semoga Allah memberi rezeki kami sekeluarga tinggal bersama..
Allah telah memakbulkan permintaan itu sekali iaitu ketika di Perth..
walaupun hanya 3 tahun lebih..rasa amat bersyukur dan terasa betapa nikmatnya hidup berkeluarga di bawah satu bumbung..
kini..azam baru ingin menambah kesungguhan memohon dari yg Esa semoga kami sekeluarga diberi peluang untuk tinggal sebumbung hingga akhir hayat sebagaimana yg dinikmati oleh keluarga2 yg lain..
Semalam Aqiel n Atieq pergi ke sekolah..hanya selang 5 buah rumah dari rumah aunty yg kami menumpang sekarang..sungguh seronok mereka apabila dapat ke sekolah setelah melalui invironment yg baru di Malaysia..tapi Aqiel masih merindui kawan2 lamanya..Aqiel cakap dia nak jumpa kawan lama dia Jadden.."Jadden is my friend. I want to see Jadden. I miss Jadden." sungguh terharu..dia teringat kawan2 dia di sana..tak tau lah Jadden di Perth masih ingatkan Aqiel ke tidak..bila petang, mama akan pick up aqiel n atieq dalam pukul 6..semalam aqiel request nak makan pancake..pancake yg di maksudkan aqiel ni ialah roti canai..;) so pegi lah kedai mamak n beli n dia request lagi untuk makan di playground tidak di kedai.."mama, we eat at the playgroung ok? not here"..so beli bungkus roti canai kosong n milo ais untuk dibawa ke playground..ala2 picnic lah..;) sgt lah enjoy aqiel n atieq bermain walaupun hanya di playground yg kecil..semoga Allah sentiasa memberkati setiap hari yg kami lalui dan di kira sebagai ibadah..amin..