cerita kereta dah di tutup..nampaknya stream mendapat vote yg tertinggi ..heheh..kereta lain tak mendapat sebarang vote..hehhe..emmm..nampaknya kene pertimbangkan pendapat ramai ni..heheh..;)
ok this week item : 20" tv and tv cabinet for free..dah clearkan semua barang2 sebelum amik gambar..hehe..so bila attach baru lah menarik sikit org nak cabinet ni..mmg ramai pun nak..heheh..
ok next item is 3 bunner hooded BBQ set for sale..still new in the box..huhhu..yg ni sedih sikit nak let go..sbb sgt bangat2..tak pernah guna lagi..dulu2 pikir sayang nak guna n nak bwk balik msia..tapi rupa2 tak ade rezeki nak bwk balik..huhuhu..nak guna pun tak sempat..tak apa lah tak ade rezeki..
ni amik gambar hood dia ja..berkilat lagi tak guna..
ok kali sy dah tak mau tunjuk gambar kereta dah,.hehhe..kita nantikan kemunculan kereta apa lah yg akan digunakan makcik di fakulti sains nanti ye..heheh..ok baru2 ni sy sempat lah mengikuti perbincangan dengan rakan di sini..tajuk ketika itu ialah tanggungjawab kita terhadap ibu bapa..Allah dah berfirman dalam Al-Quran supaya mentaati kedua ibu bapa di dlm beberapa surah..salah satu surah nya ialah Surah Luqman..

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14)

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Luqman 31:15)

Dalam dua ayat di atas sesungguhnya Allah telah berfirman dan memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita..kita hanya perlu tidak taat sekiranya mereka menyuruh kita supaya mempersekutukan Alah..selain dari pada itu kita wajib taat dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita..
dan dlm satu hadis ade menyebutkan :
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - Riwayat al-Hakim
Huraian:
- Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
- Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
- Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
- Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
- Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.