22/11/2012 : procedure operation untuk ambil sedikit tisu otak tak jadi..alhamdulillah..dr pakar bedah otak dah berbincang dgn dr pakar lain (tak sure bidang apa) tentang kes tu n adik sakinah telah di sahkan mengidap ADEM.
22/11/2012 (tgh) : ubat telah di tukar setelah 6 jenis ubat yang lain sebelum ini..
26/11/2012 : sehingga hari ni adik sakinah masih belum boleh makan..tapi sudah boleh minum susu melalu tiub ke hidung..masih belum boleh bercakap..hanya tahu menangis..masih tak sedar dgn org sekeliling..tangan n kaki sebelah kanan masih belum bergerak..insyaAllah..semoga Allah sembhkan penyakit ini yang hanya berlaku 8 dalan sejuta org setahun (menurut wikipedia).. subhanallah..sesungguhnya percentage yang amat-amat sedikit. tetapi masih berlaku pada adik sakinah..sesungguhnya Allah sedang menguji hamba-hambanya..
Monday, November 26, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Dalam dilema
sekarang dah 38 minggu..mcm mana nak pegi ke kubang kerian dari johor dgn 2 org anak..tapi kalau tak pegi sekrang, nanti bila dah bersalin lambat lagi boleh tgk adik sakinah :( ..tapi kalau pegi sana mcm mana pulak kalau tetiba rase nak bersalin?
Tuesday, November 20, 2012
ujian Allah..
18/11/2012 (lepas magrib): doktor pakar di klinik pakar saraf di jerteh sahkan ade gegaran dalam otak..refer ke hosp kubang krian
18/11/2012 (mlm) : CT scan di buat di kubg krian..ade warna hitam di otak kiri..doktor tak boleh nak sahkan apa puncanya (darah beku/ketumbuhan/nanah/strok)
19/11/2012 (pagi) : CT scan warna pulak di buat untuk lihat apakah bendanya..tetapi masih dr tak boleh nak sah kan lagi..
19/11/2012 (ptg) : MRI di jalankan..
20/11/2012 (tgh) : dari keputusan MRI, doktor dapati ade kesan di kedua2 belah otak yang doktor tidak dapat pastikan apa dia.. doktor membuat keputusan untuk menebuk dan mengambil sedikit tisu dari otak untuk test yang di jadualkan lusa (khamis ni)..Ya Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar..amin..
18/11/2012 (mlm) : CT scan di buat di kubg krian..ade warna hitam di otak kiri..doktor tak boleh nak sahkan apa puncanya (darah beku/ketumbuhan/nanah/strok)
19/11/2012 (pagi) : CT scan warna pulak di buat untuk lihat apakah bendanya..tetapi masih dr tak boleh nak sah kan lagi..
19/11/2012 (ptg) : MRI di jalankan..
20/11/2012 (tgh) : dari keputusan MRI, doktor dapati ade kesan di kedua2 belah otak yang doktor tidak dapat pastikan apa dia.. doktor membuat keputusan untuk menebuk dan mengambil sedikit tisu dari otak untuk test yang di jadualkan lusa (khamis ni)..Ya Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar..amin..
Monday, November 19, 2012
Ya Allah..permudahkan lah..
Ya Allah..permudahkan lah urusan kedua org tua ku..
Sembuhkan lah adik ku Ya Allah..
Amin..
Sembuhkan lah adik ku Ya Allah..
Amin..
Tuesday, November 6, 2012
Selesai sudah hutang..
Alhamdulillah..selesai sudah hutang dengan MARA..setelah 6 tahun tolak gaji..akhirnya pinjaman masa buat master dulu telah selesai..hutang yang menghampiri RM13K. Pinjaman pelajaran dengan MARA tak membebankan..sbb kita bayar apa yang kita pinjam sahaja..no interest..Then, jadual bayaran balik pun tak membebankan..tahun pertama bayar RM100, tahun kedua hingga ketiga bayar RM150..tahun keempat hingga tahun keenam bayar RM200..jadi kalau baru dapat kerja tak lah berat sgt untuk bayar RM100..bila dah stabil skit baru dia up lagi RM50. bila dah stabil lagi baru mara up lagi RM50. apa pun alhamdulillah dah selesai satu hutang..kira rezeki jgk sbb selesai hutang betul2 before baby keluar..so ade lebih RM200 bulan2 untuk baby..;) alhamdulillah..
Terbaca dari sebuah laman web:
Terbaca dari sebuah laman web:
"Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang.
Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah
berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam
hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang
oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal
maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil
tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu
daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati.
Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)"
(Riwayat Baihaqi)"
Semoga selepas sy melunaskan hutang2 dgn mara ni..boleh lah mara menaja orang lain pula untuk sambung belajar..kalau sy tak bayar..takut nanti tersekat pulak rezeki org lain untuk mendapat peluang yang sama mcm sy dapat peluang pinjaman dolu2..;)
Subscribe to:
Posts (Atom)