Thursday, August 13, 2009

Ujian..

9/8/2009

entry kali ni sebenarnyer sambungan dari entry yang bawah ni..entry birthday aqiel..
Selepas picnic di tomato lake kami berniat untuk pulang kerumah untuk solat zohor sblm keluar semula bagi urusan lain. Setiba dirumah seperti biasa sy akan keluar untuk membuka kunci pintu dahulu sebelum membawa masuk atieq dan aqiel. tapi bila keluar dari kereta sy dapati sesuatu yang pelik pada tingkap udara bilik air.jantung dah berdebar2.untuk mendapat kepastian sy tgk betul2 pada tingkap tersebut dan dapati fly net dah terkoyak.apa lagi menjerit lah sy panggil hubby yang masih dalam kereta bersama anak2. hubby terus bukak pintu rumah dah sesungguhnya rumah kami telah dimasuki pencuri.Subhanallah Maha Suci Allah telah memberi kami ujian.sy rase tergamam dan hanya mampu menangis. rase seperti tak percaya pun ade. aqiel dan atieq masih di dalam kereta. bila sy ambil aqiel sambil menangis, aqiel memeluk semakin erat dan mencium kedua2 belah pipi saya berulang kali.aqiel pun sudah pandai memujuk walaupun dia tak tau apa yang berlaku.rumah kami berselerak.pencuri tu curi 2 buah laptop kami bersama 2 buah modem mobile broadband, digital camera, 2 biji tabung syiling kami yang dah penuh, sebiji tabung tu boleh mencecah ratusan isinya, dan yang paling menyakitkan hati diorg ambil pasport hubby dan anak2. mungkin diorg berasa sakit hati tak jumpa apa yang diorg nak. dan diorg amik jgk brg2 kecik yang lain mcm jam tangan, charger handset n yang paling kelakar perfume hubby pun dia amik. alhamdullilah walaupun byk barang2 penting yang hilang, masih ade barang2 penting yang selamat. nasib baik backup research ade juga pada computer di uni.alhamdulillah jgk pencuri tu masuk rumah masa tak ade sesiapa pon kat rumah.alhamdullillah Allah masih memberi kesihatan kepada kami sekeluarga. kami sekeluarga amat berterima kasih kepada adik beradik dan kawan2 yang berkunjung dan menelefon memberi semangat kepada kami.tak kurang jg yang memberi pelbagai pertolongan kepada kami. kejadian ini sememangnya memberi peringatan kepada kami yang mungkin lalai sebagai hamba Allah. ujian ini juga tak seberapa jika hendak dibandingkan dengan kawan2 yang lain yang diberi ujian yang lebih hebat dari ini ketika berada diperantauan.sebagai langkah berjaga2 lebih elok jika kawan2 mempunyai insuran home content. kami pun baru berkesedaran untuk mengambil home content insurans selepas perkara sebegini berlaku. bagi kawan2 yang lain berhati2 lah bila keluar rumah.pastikan semuanyer berkunci walaupun tempat tu tinggi & kecik dan tak terfikir untuk org boleh masuk.

Ya Allah lindungilah kami sekeluarga dan peliharalah kesihatan kami sepanjang kami berada diperantauan dan apabila pulang ke Malaysia kelak. begitu juga kaum keluarga kami dan sahabat2 kami tak kira dimana mereka berada. Amin.

5 comments:

Humyrah said...

masyaAllah.. simpati pada kamu sekeluarga. harap semua dapat diselesaikan. awak sabar ya..

pandainya si kecil pujuk mamanya.

Ibu Aunis said...

Ya Allah, benar2 ujian ni. Tulah selama ini pun akak rase selamat je kat sini. Mane kite tahu kan akan datang? (mmg tak moh pun amik insurans content umah tuh...kna pk balik plak. Sblh umah mmg dah kena pecah pun..)

Sabar ye. Benar. Alhamdulilah sbb ahli keluarga tidak ada apa2. Tu yg penting. Sabar dan mudah2han ade hikmah disebalik semua ini.

ShArpRyZa said...
This comment has been removed by the author.
ShArpRyZa said...

Ya Allah terkezut wei aku dengar.Sabar,mybe ni ujian dari Allah.Yang penting korang selamat.Mybe arini korang hilang banyak benda tapi mungkin Allah akan memberi rezeki yang lain pada masa yang akan datang, Insyaallah...

mella said...

terkejuttt baca entry sherry..
tapi alhamdulillah sherry n family selamat..
tapi geram gak bila passport n parfum pun dia nk rembat.. terdesak betul manusia tuh!!
smoga sherry tabah..

psst: to aqiel.. Happy belated beday from aunty.. jadi hero mama alwyz ;)