Thursday, August 27, 2009

7 Golongan Manusia yang Dilindungi OlehNya

Rasulullah s.a.w bersabda: Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah di bawah naunganNya pada hari tiada sebarang naungan melainkan naungan dariNya, mereka itu adalah;

1)pemimpin yang adil,

2)pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah,

3)pemuda yang hatinya terikat pada masjid,

4)dua orang(atau lebih) yang berkasih-kasihan pada perkara yang diredhai Allah, mereka berkumpul keranaNya dan berpisah pun keranaNya,

5)pemuda yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian dan mengalirkan air matanya,

6)lelaki yang diajak berzina/maksiat oleh perempuan yang cantik lagi bangsawan seraya berkata "sesungguhnya aku takut kepada Allah",

7)dan orang yang bersedekah kerana Allah dengan tangan kanannya dan begitu sulit shinggakan tangan kirinya tidak menyedari apa yang diberikan tangan kanannya

No comments: