Thursday, June 9, 2011

shopping in sydney


Assalamualaikum..ni cerita dah basi..akhir tahun lepas punyer..tapi baru terasa nak cerita sekarang..heheh..ni gambar kat mana ni? of course la kat sydney sbb tajuk pun shopping in sydney kan..heheh..kenapa tetiba nak tulis pasal shopping ni? sbb nya walaupun dah 6 bulan berlalu..detik2 shopping periuk belanga ni masih segar di ingatan..rase mcm nak rewind balik semula n nak shopping lagi sekali..heheh..mcm lah byk duit nyer..but i tak kesah..bab beli pingan suka..bab makan suka..tapi bab masak tak reti..abis tu nak isi apa atas pinggan2 yg banyak2 tu?heheh..soal sendiri..sendiri jawab la..;)


ni lah dia kereta yg akan memuatkan segala barang2 yg akan di beli nanti..kenapa masih duk lepak2 kat parking ni..sebenarnya we all terover excited nak dtg kat sini smpi kami smpi dulu sebelum tuan kedai smpi..over u..heheh..tapi i tak kesah..janji i dapat apa yg i nak beli..hehhe..

ok bila tuan kedai dah smpi, kami pun berlari2 anak2 lah ke bahagian hadapan memandangakan perking dia disebalah belakah..tgk tu sign board dia.."bus parking at rear"..amboi, tak kan ade rombongan datang shopping kat sini kot..kalah kami..hehe..kalau dongak ke atas, nampak lah nama kedai tu..excited sungguh..sbb kat perth tak ade kedai ni..masa pegi umah kawan2 kat sydney ni semua pakai pinggan2 corelle n hidang guna corningware..perghh i jeles u..kat perth nak cari satu corningware pun susah..heheh..


ok jom masuk kedai..i dah tak sabar ni..dah gatal2 tangan ni..heheh..bukan sbb nak dapat duit..tapi sbb nak keluarkan duit..heheh..



tgk..kat i dah ckp, i ni terover excitednyer..smpi menggeletar amik gambar..sbb rasa mcm nak pengsan dapat masuk world kitchn ni..hehe..gambar pun bergegar lah..ish over kan..;)..yg merah putih tu gambar correlle yg boleh masuk oven..rak2 yg belakang sekali tu ialah kawasan corningware..


ook..yg ni bahagian pyrex..mcm2 jenis n bentuk..kat perth tak dok cam gini..sbb kami beli kat big w je..kalau kat msia tu ala2 giant ke, tesco ke..supermarket biasa yg jual mcm2 benda..so tak lah byk pilihan mcm ni..harga pun kat sini lagi best..adus..bergegar iman masuk sini..heheh..sebanrnya byk lagi bahagian, set pinggan correlle n vision pun ade tak pi tak amik gambar..sbb dah start sibuk pilih apa nak beli pulak..hehe..punya lah berejam pikir nak beli apa sbb rase mcm nak beli semua sekali..hehhe..tamak kan..nasib baik kene budget2 jgk..heheh..(sbb masa ni kami masih tak tau lagi berapa kene bayar pada pihak insurans tu..so beringat jgk nak beli)..




n at last selepas berhempas pulas kat dlm tu, akhirnya kami smbar lah 5 kotak ni aje..3 kotak yg paling bawah ni mmg tak ade kat perth..lagi 2 kotak yg atas tu terpaksa beli sbb nak matching ngan kotak biru yg bawah sekali tu..heheh..n harga pun tgh sale masa beli 2 kotak yg atas sekali tuh..fuhh..lega mak cik lepas shopping..tapi serius smpi hari ni terpikir lagi sbb ade benda lagi yg nak dibeli n tak terpikir nak beli masa tu..heheh..nasib baik tak terpikir kalau tak makan maggi je lah kami pastu..heheh..

n barang2 ni dah selamat smpi kat msia pun..dah suruh sakhinah aka coursemate math industri dulu tolong shippingkan sekali ngan barang2 dia..sbbnya dah tak tau nak bwk balik perth mcm gini punyer besar kotak2nya..n shipping from sydney lebih murah berbanding from perth..even perth-msia lagi dekat berbanding sydney-msia..;)


ps: maaf bahasa tunggang langgang sbb tuan nya pun tgh tunggang langgang sekarang nih!!!..;)

Wednesday, June 8, 2011

Kuih Pau in the house!

ok..kali ni nak tunjuk kami buat kuih pau..first time buat kuih pau ni..bukan apa papa dah teringin sangat nak makan kuih pau..mungkin sbb hatinya susah berada di msia..sbb itu semua makanan msia pun dia terasa tak sabar nak makan..heheh.. yg bulat2 kat atas tu doh yg belum masuk filling lagi..tapi dah di uli n rest sekajap..then di bulat2 kan lagi n di restkan sekali lagi..

ni pulak fillingnya..papa yg buat..dah tinggal sikit sbb separuh dah dimasukkan dalam doh..filling ni sedap..so ade jgk ngelat2 amik makan saja..heheh..


ni pulak setelah doh tadi di isi filling n di kukus..berwap-wap gitu..tapi ade bulat besar n bulat kecil..i tak kesah asal sedap..(perasan..;))


ni lah dia hasilnya selepas di kukus..tapi rupa tak berapa cantik sbb air kukusan tu jatuh atas kuih pau..tak tau nak buat mcm mana nak bg air tu tak menitis balik jatuh atas makan..ade cara tak?emm..tapi apa2 pun mmg best pau ni..papa bwk pegi usrah..cepat je abis..yg paling best ade kawan tu tanya, hang beli ka? heheh..maksudnya apa? mesti sedapkan..;) (aduh..perasan lagi..;))

disebabkan kesedapannya..long weekend minggu lepas, papa buat lagi sekali..tapi kali ni letak kaya pulak..mmg laku lah..suka aqiel n atieq makan..;) Thanks a lot papa..;)

Sold!


Ini lah dia sofa buruk kami yang telah terjual minggu lepas..tapi org yang beli tu akan ambil 20hb nanti..mmg sgt cepat sold nya..hari jumaat attach, malamnya tu dah org contact nak beli..hari sabtu pagi dah datang tgk n terus booking n bayar..kami jual murah2 aje sbb mmg nak let go everything dgn cepat..dalam iklan tulis beli set sofa ni free coffee table n carpet tu..kami jual $70..dlm web tu paling rendah org jual sofa sahaja pun dalam $100..tu tak masuk coffee table..biasa coffee table org jual dlm $20..n carpet biasa org akan jual $30..kalau ikutkan boleh je nak jual $150 the whole lot..tapi tak apa..kami jual $70 je the whole lot sbb dah tak sabar nak clear rumah! lepas ni sapa2 yang dtg umah mmg duduk kat lantai je lah..heheh..tak pa la kan..;) fuuhhh lega satu barang dah terjual..heheh..this week item mungkin meja makan..tunggu jumaat baru attach kat iklan sbb malas nak terima call on weekdays..;) hopefully terjual lah..

Sunday, May 29, 2011

Our wedding anniversary..29 May..

Hari ni wedding aniversary kami yg ke-6..tak sangka dah 6 tahun..alhamdulillah telah dikurniakan 2 cahaya mata yang amat ternilai kepada kami..syukur Ya Allah..

Hari ni papa belikan cake..strawbery cake..sedap..atieq makan smpai jilat2 jari..hehe..sbb atieq mmg suka makan strawbery..smlm pun papa dah buat pulut kuning and rendang..tp seriously lupa nak snap..dah abis dijamu kpd 'Perth Ilm Group' yg dtg kerumah..

Strawbery and cream cake..

Thanks papa for the cake..

Semoga kasih sayang antara kami ini di rahmatimu Ya Allah dan semoga hubungan kami ini kekal sampai ke syurga mu Ya Allah..amin ya rabb..

mengimbau kembali detik kami 6 tahun lalu..;)

dan kini..

setelah 6 tahun, kami telah pun berempat..alhamdulillah..



Friday, May 20, 2011

New design..new aura..;)

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama..teras ingin mengupdate blog di kesempatan yg ada..byk perkara yg berlaku sepanjang tahun 2011 ni..yg suka dan yang duka..alhamdulillah..nway..lagi 9 hari anniversary kami yg ke-6..tak sangka dah 6 tahun rupanya..kadang2 boleh tersilap..rase mcm baru 2, 3 tahun aje..heheh..perasan lebih..;)

so untuk sambutan anniversary tahun ni kami dah ber-4..alhamdulillah..n awal bulan 5 hari tu kami ke melben(perancangan telah dibuat pada awal tahun iaitu sebelum pelbagai ujian Allah melanda kami)..tu mcm ala2 pre-celebration untuk anniversary kami..cheewah..hehehe..dan juga mengubat serba sedikit hati kami yg resah setelah beberapa perkara yg telah berlaku tahun ni..;)


at the Great Ocean Road..


Tuesday, March 29, 2011

Subhanallah..lagi sekali..


28.03.2011 - 10.00am

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
-
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Subhanallah, hebatkan Al-Quran...setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jawapannya...
Semuanya berpandukan Al-Quran & As-Sunnah...
InsyaALLAH, dengan izinNYA hidup ini pasti dibawah rahmatNYA...
Ingat lagi tak Rasulullah pernah bersabda
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan kepada kamu perkara yang sekiranya kamu tetap berpegang teguh kepadanya maka sudah pasti kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya (hadis)"

sumber:http://durratul-islam.blogspot.com/

Thursday, March 17, 2011

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MY BROO..

Iba..special post ko mung..happy belated birthday bro..semoga Allah permudahkan segala urusan dunia & akhirat hendaknya..amiinn..InsyaAllah ;))


Wednesday, January 5, 2011

Sydney : Chapter 3



Enjoy this 3rd clip from us!!..the article will be followed soon.. :)