Terbaca dari sebuah laman web:
"Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang.
Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah
berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam
hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang
oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal
maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil
tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu
daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati.
Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)"
(Riwayat Baihaqi)"
Semoga selepas sy melunaskan hutang2 dgn mara ni..boleh lah mara menaja orang lain pula untuk sambung belajar..kalau sy tak bayar..takut nanti tersekat pulak rezeki org lain untuk mendapat peluang yang sama mcm sy dapat peluang pinjaman dolu2..;)
No comments:
Post a Comment