Friday, October 9, 2009

Atieq 6 bulan..

Atieq dah 6 bulan..
mmg cepat masa berlalu dan perkembangan atieq alhamdullilah ade peningkatan..
cuma progress study mamanyer tak seiring dengan perkembangan masa yang berlalu..aduhai..
sekrang atieq dah kurang menyusur kebelakang..
atieq dah banyak bergerak ke arah hadapan walaupun sedikit aje geraknyer..
kita akan nampak kalau dia nak capai sesuatu..
atieq akan tolak badan guna 2 kaki belakang dia sambil mengangkat perut dan lutut pun tak cecah lantai..
ala-ala men*nggeng gitu..
tak lama lagi atieq mungkin boleh merangkak ..tak sabar nak tgk atieq merangkak..
atieq pun dah suka n pandai tarik spec mama n papa nyer..
harap2lah umur spec mama n papanyer panjang..amin..;)
lagi satu atieq dah boleh naik walker..
dia suka sgt naik walker sbb dia tak suka baring..
kalau baringkan dia akan naikkan bahu dia, mcm nak duduk..
lagi satu habit atieq ialah dia suka mengomel sorang2..
tak tau lah apa yang dibebelkan..ujung2 bebel tu tiba2 senyap..
atieq dah tido..heheh..atieq akan bercakap sorang2 dan hanya Allah dan dia sahaja yang paham apa yang dingomelkan..tu tandanyer atieq dah ngantuk n nak tido..

Ada salah satu amalan yang boleh saya kongsi kat sini ketika memandikan anak2 kita.
apabila kita menyapu air, menjirus air atau menyabun kebahagian2 anggota badan anak kita, kita diharuskan untuk membaca doa dan berselawat. sama seperti amalan2 harian lain yang kita buat. Contohnyer kalau kita menjirus air atau memakai syampu untuk anak kita, sambil menggosok2 kepala anak kita boleh mendoakan anak kita supaya mudah menimba ilmu pengetahuan, mudah menerima nasihat dan tunjuk ajar etc. boleh lah kita baca doa2 yang kita pohon dalam hati. amalan ni sy dapat dari rancangan mencari menantu kat tv9 tu..panel hakim masa tu ustazah bahiyah tak silap. so saya rasa kita boleh mendidik dan berdoa selagi mampu untuk kesejahteraan anak2 kita.tapi segala apa yang akan berlaku dimasa akan datang adalah di luar kawalan kita. Hanya Allah sahaja yang berkuasa. Tapi kita sentiasa mengharapkan dan mendoakan yang terbaik buat anak2 kita.

semoga Allah sentiasa melindungi dan melimpahi rahmat, rezeki, kesejahteraan, kesihatan kepada anak2ku dan seluruh umat nabi Muhammad s.a.w..amin..

2 comments:

Ibu Aunis said...

cik pah, citelah sket pasal study. Bleh kongsi2 pengalaman sekali. Study, anak2, life..

How's your progress? Awak wat numerical cam kaida jugak ker..Ada masa nnt citelah yer. Kdang2 nak tgk jugak camne kite2 ni bahagikan masa utk study dan family. bleh share..;)

cik pah said...

hehehe..kak far..mmg byk boleh nak cite..tapi kadang2 ni sy ni pemalu sikit nak cite..hati mmg teringin nak cerita..nanti bila2 ade masa n kurang malu..leh sy cite..heheh